Jawatan Kosong di Tourism Malaysia - 11 April 2014

Sila kongsi jawatan ini sekarang:
Tourism Malaysia

Warganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa untuk memohon jawatan kosong di Tourism Malaysia

POSITION : Pemandu Gred H11
CLASSIFICATION : Perkhidmatan Kemahiran
KUMPULAN PERKHIDMATAN : Pelaksana
JADUAL GAJI : 
Minimum        Maksimum 
RM837.00RM2,619.00 
GAJI PERMULAAN : RM896.15
IMBUHAN TETAP KHIDMAT AWAM : RM95.00
IMBUHAN TETAP PERUMAHAN : RM180.00
BANTUAN SARA HIDUP : RM300.00
TARAF JAWATAN : KONTRAK (1 tahun)

1. Syarat Lantikan

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
(d) Memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
(e) lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan (P)]; dan
(f) berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.
     
Kelayakan tambahan:
Mempunyai pengalaman sebagai pemandu sekurang-kurangnya satu (1) tahun.
                                                           
Deskripsi Tugas:
Bertanggungjawab;
1)Memandu kenderaan yang telah ditetapkan untuk kegunaan rasmi.
2)Melengkap dan mengemaskini dengan menyatakan jenis tugas yang dilakukan dan mendapat tandatangan yang mengunakan kenderaan.
3)Memastikan kenderaan dalam keadaan baik dan kenderaan hendaklah dihantar servis setiap 5000 kilometer.
4)Mencatat di dalam buku log setiap kali pengisian petrol.

2. Dokumen Penting
Sila kemukakan sijil-sijil berikut semasa permohonan. Susunan dokumen adalah seperti berikut:
1)Sesalinan Kad Pengenalan
2)Sesalinan Sijil Kelahiran
3)Sesalinan Sijil Penilaian Menengah Rendah
4)Sesalinan Sijil Tamat Persekolahan Menengah
5)Sesalinan lesen memandu
6)Gambar pasport (selain daripada gambar pasport tidak dibenarkan)
7)Sesalinan sijil kegiatan sukan & ko-kurikulum. DIHADKAN kepada lima (5) sijil sahaja.
8)Sesalinan surat yang menunjukkan pelantikan ke jawatan Pemandu sebelum ini jika ada

3. Perkara Penting

ARAHAN PEMOHONAN
1)Satu borang permohonan HANYA untuk satu permohonan jawatan sahaja.
2)Permohonan hendaklah menggunakan Borang LPPM-1 yang boleh didapati melalui link berikut:
 http://corporate.tourism.gov.my/downloads/boranglppm1.pdf 

3) Borang permohonan hendaklah dialamatkan kepada:

TOURISM MALAYSIA
BAHAGIAN SUMBER MANUSIA & PENTADBIRAN
ARAS 9, NO. 2, MENARA 1
JALAN P 5/6, PRESINT 5
62200 PUTRAJAYA
(u.p. Unit Pengurusan Sumber Manusia)

4)Pemohon perlu menyertakan dokumen-dokumen yang diakui sah benar berdasarkan senarai dokumen yang diminta. Dokumen hendaklah mengikut susunan sepertimana yang dinyatakan.
5)Gambar yang dikemukakan hendaklah menggunakan gambar pasport terkini. Selain daripada gambar pasport tidak dibenarkan.
6)Pemohon yang sedang berkhidmat di Jabatan Kerajaan hendaklah melalui Ketua Jabatan dengan mengemukakan sesalinan Kenyataan Perkhidmatan terkini dan tiga (3) tahun salinan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan bagi tahun 2011, 2012 dan 2013.
7)Sila nyatakan nama JAWATAN yang dipohon di atas sebelah KIRI sampul surat.
8)Borang yang lengkap diisi berserta salinan sijil-sijil dan gambar pasport hendaklah sampai ke alamat seperti di perkara (3) pada atau sebelum jam 5.30 petang 11 April 2014 (Jumaat).
9)Sebarang permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima tidak akan dipertimbangkan dan dianggap tidak berjaya.
10)Calon yang berjaya melepasi tapisan kelayakan akan dimaklumkan secara rasmi melalui surat untuk panggilan sesi temu duga.
11)Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang maklum balas dalam tempoh tiga (3) hingga enam (6) bulan selepas daripada tarikh iklan ditutup, permohonan tersebut adalah tidak berjaya.

12)Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pegawai berikut:

i) Cik Aida Haryati binti Haji Zainol - 03-8891 8908
ii) Encik Mohd Zaini bin Samsuddin - 03-8891 8921
iii) Cik Wahidah binti Kamarul Azmi - 03-8991 8929

Penempatan:
Pejabat YB Senator Dato’ Maznah Mazlan, Timbalan Pengerusi Tourism Malaysia.
Perhatian : Kami di Ohjobsmalaysia hanya menyediakan sumber maklumat dan info jawatan kosong yang berkaitan untuk memudahkan para pengguna mencari peluang pekerjaan berdasarkan jawatan kosong paling popular. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang bentuk kesalahan maklumat dan diatas segala bentuk kerugian, kemalangan dan kos yang melibatkan sebarang tuntutan terhadap kami. Adalah ditegaskan juga pihak kami di Ohjobsmalaysia tidak menerima sebarang permohonan pekerjaan untuk di pohon oleh pengguna dilaman ini. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab diatas segala komen yang telah di poskan di portal Ohjobsmalaysia ini. Harap Maklum.

0 Response to "Jawatan Kosong di Tourism Malaysia - 11 April 2014"

Post a Comment