Jawatan Kosong di Parlimen Malaysia - 07 April 2014

Sila kongsi jawatan ini sekarang:
PELAWAAN MENGISI JAWATAN PEGAWAI PENERANGAN GRED 44 (TERBUKA) DI PARLIMEN MALAYSIA
Parlimen Malaysia mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Gred DG41 (Guru Siswazah) yang berkelayakan untuk mengisi satu (1)  jawatan Pegawai Penerangan Gred 44 (Terbuka) di Parlimen Malaysia Secara Pertukaran Sementara.

Syarat-syarat permohonan:-
1- Telah disahkan dalam perkhidmatan
2- Telah berkhidmat sebagai Guru sekurang-kurangnya 3 tahun
3- Fasih dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
4- Berumur tidak melebihi 35 tahun pada 1 Januari 2014
5- Terbuka kepada calon-calon dari Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya sahaja.

Deskripsi tugas:

1- Mengetuai Seksyen Pendidikan dan bertanggungjawab kepada Ketua Bahagian Komunikasi Korporat.
2- Mengurus lawatan dan memberi taklimat mengenai sistem demokrasi berparlimen kepada rakyat Malaysia terutamanya pelawat dan pelajar-pelajar sekolah.
3- Bertanggungjawab menyelia dan mengurus Galeri Parlimen.
Pegawai yang berminat boleh mengemukakan permohonan serta resume yang mengandungi butiran berikut:-

1- Butiran peribadi
2- Ringkasan kelayakan akademik
3- Ringkasan perkhidmatan
4- Latihan / kursus dalam tempoh 2 tahun terakhir 
5- Ringkasan aktiviti/kegiatan luar

Permohonan hendaklah dihantar  melalui dan dengan sokongan Ketua Jabatan  (Pengetua/Guru Besar) kepada alamat berikut:-

Ketua Pentadbir Parlimen Malaysia
Seksyen Pengurusan Sumber Manusia dan Inovasi
Bangunan Parlimen
Jalan Parlimen
50680 Kuala Lumpur

Atau emel ke pp44@parlimen.gov.my

Tarikh tutup : 7 April 2014 (Isnin)

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Puan Mazlifah binti Mansor di talian 03-2601 7161.
Perhatian : Kami di Ohjobsmalaysia hanya menyediakan sumber maklumat dan info jawatan kosong yang berkaitan untuk memudahkan para pengguna mencari peluang pekerjaan berdasarkan jawatan kosong paling popular. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang bentuk kesalahan maklumat dan diatas segala bentuk kerugian, kemalangan dan kos yang melibatkan sebarang tuntutan terhadap kami. Adalah ditegaskan juga pihak kami di Ohjobsmalaysia tidak menerima sebarang permohonan pekerjaan untuk di pohon oleh pengguna dilaman ini. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab diatas segala komen yang telah di poskan di portal Ohjobsmalaysia ini. Harap Maklum.

0 Response to "Jawatan Kosong di Parlimen Malaysia - 07 April 2014"

Post a Comment