Skim Latihan Siswazah Rakyat (Bank Rakyat)

Sila kongsi jawatan ini sekarang:
Skim Latihan Siswazah Rakyat atau BR-SMART merupakan satu inisiatif Bank Rakyat untuk memberi pendedahan pekerjaaan kepada siswazah melalui latihan sambil bekerja sebagai penyediaan ke alam pekerjaan atau bagi menerokai dunia perniagaan.

Bank Rakyat



Program BR SMART
Kuala Lumpur

Tugas dan tanggungjawab

a)Melaksanakan tugas pemasaran dan jualan produk-produk pembiayaan dan perkhidmatan Bank.
b)Memastikan sasaran jualan yang ditetapkan bagi Pembiayaan Aslah, wasiat dan lain-lain produk yang berasaskan insentif jualan/komisen.

Elaun Latihan
Peserta akan diberi Elaun Bulanan dan Elaun Pengangkutan. Bagi peserta yang Berjaya membuat jualan produk-produk Bank akan menikmati insentif jualan/komisen yang menarik.

Tempoh Latihan
Tempoh Latihan Program BR-SMART: enam (6) bulan dan tempoh maksimum adalah selama satu (1) tahun.

Modul/Latihan yang akan disediakan

Bagi meningkatkan kompetensi, peserta yang Berjaya mengikuti Program BR-SMART akan diberikan modul/latihan yang bersesuaian seperti berikut:

a)Latihan asas kejurujualan dan pemasaran
b)Latihan asas keterampilan diri
c)Latihan keusahawanan

Kelayakan calon BR-SMART
a)Memiliki Ijazah Sarjana Muda/Diploma yang diiktiraf oleh JPA/MQA (Malaysian Qualification Agency)
b)Keutamaan diberikan kepada lepasan Sarjana Muda/ Diploma yang tidak mempunyai pengalaman bekerja.
c)Kelayakan Minimum Pencapaian
(i) Ijazah Sarjana Muda berkaitan Pengurusan Perniagaan atau Perbankan (HPNM 2.75 dan ke atas)
(ii) Diploma Pengurusan Perniagaan atau Perbankan (HPNM 2.75 dan ke atas)
d)Berumur tidak melebihi 27 tahun
e)Mempunyai lesen memandu dan kenderaan sendiri merupakan satu kelebihan
f)Menyertai program latihan sepenuh masa
g)Mempunyai kebolehan komunikasi yang baik
h)Mempunyai sikap dan minat dalam aktiviti pemasaran dan kejurujualan.

Calon-calon yang berminat boleh membuat permohonan secara online dengan mengemukakan maklumat peribadi (resume) di laman sesawang Jobstreet (carian iklan Program BR-SMART Bank Rakyat: BISTJW).

Untuk memohon sila klik disini
Perhatian : Kami di Ohjobsmalaysia hanya menyediakan sumber maklumat dan info jawatan kosong yang berkaitan untuk memudahkan para pengguna mencari peluang pekerjaan berdasarkan jawatan kosong paling popular. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang bentuk kesalahan maklumat dan diatas segala bentuk kerugian, kemalangan dan kos yang melibatkan sebarang tuntutan terhadap kami. Adalah ditegaskan juga pihak kami di Ohjobsmalaysia tidak menerima sebarang permohonan pekerjaan untuk di pohon oleh pengguna dilaman ini. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab diatas segala komen yang telah di poskan di portal Ohjobsmalaysia ini. Harap Maklum.

0 Response to "Skim Latihan Siswazah Rakyat (Bank Rakyat)"

Post a Comment